fbpx

Bayi lahir di McDonald’s digelar ‘Little Nugget’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita melahirkan bayi di sebuah restoran McDonald's, Atlanta, pada Rabu lalu. -Getty Images

ATLANTA, Georgia – Seorang wanita hamil yang sedang dalam perjalanan ke hospital melahirkan anak di sebuah restoran McDonald’s di negeri Georgia, Amerika Syarikat (AS) dengan bantuan beberapa pekerjanya, lapor akhbar Metro UK semalam.

Ketika kejadian, wanita berkenaan, Alandria Worthy menaiki kenderaan ke hospital pada Rabu lalu bersama tunangnya, Deandre Phillips apabila dia meminta untuk berhenti dan menggunakan tandas di restoran tersebut di Atlanta.

“Saya pergi ke tandas dan air ketuban saya pecah serta-merta,” kata Worthy.

Bagaimanapun, nasibnya baik apabila pengurus restoran tersebut pergi memeriksa keadaan wanita itu di tandas dan melihat apa yang berlaku. 

“Dia berada di tandas dan terbaring sambil menjerit,” kata pengurus berkenaan, Tunisia Woodward ketika memberitahu 11 Alive News.

Dua kakitangan wanita, Keisha Blue-Murray dan Sha’querria Kaigler kemudian turut membantu wanita berkenaan melahirkan bayi tersebut.

Dalam pada itu, Phillips melangkah masuk ke dalam restoran tersebut untuk memeriksa tunangnya yang masih belum keluar tetapi kemudian mendapati dia sedang melahirkan anak. 

Worthy dan Phillips menamakan bayi mereka, Nandi Ariyah Moremi Phillips tetapi kakitangan McDonald’s memberinya nama panggilan yang sesuai iaitu Little Nugget atau Nuget Kecil. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI