PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh buah negeri sehingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia menerusi hantarannya di Twitter berkata, negeri-negeri yang terlibat adalah negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan serta negeri Sabah.
“Di kawasan pantai timur, kawasan yang terlibat adalah diramalkan di Kelantan (Kuala Krai), Terengganu (Besut dan Setiu) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong).
“Amaran ribut petir dan hujan lebat turut dikeluarkan di bahagian pantai barat Semenanjung iaitu di Selangor yang melibatkan kawasan Hulu Selangor dan Klang. Manakala di negeri Sembilan pula dijangka melibatkan kawasan Jelebu.
“Bagi negeri Perak pula, kawasan yang dijangka terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim,” katanya.
Selain itu, bagi negeri Sabah, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk meliputi kawasan pantai barat iaitu di daerah Tuaran, Kota Belud, Tawau (Lahad Datu) dan Kudat. – KOSMO! ONLINE