fbpx

Abang Johari bertemu PM bincang kerajaan perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) menerima kunjungan Abang Johari (dua kanan) di kediamannya hari ini.

PETALING JAYA – Kerjasama di antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak berupaya memperkukuh negara ke arah lebih baik dan berketerampilan.

Perkara itu dijelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima kunjungan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg di kediamannya hari ini.

Beliau berkata, kehadiran Abang Johari itu menyaksikan hubungan akrab bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS)  yang diyakini dapat membantu kerajaan Persekutuan untuk terus memajukan negara.

“Gabungan Parti Sarawak atau GPS menjadi antara tunggak selain Barisan Nasional (BN), Warisan dan juga GRS yang membentuk kerajaan perpaduan yang dikemudi saya.

“Insha-Allah, hubungan antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak pastinya lebih akrab dan diperkukuh dalam rencana melakar sebuah Malaysia yang lebih baik dan berketerampilan,” katanya menerusi hantaran di akaun Instagramnya hari ini.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI