fbpx

Sultan Selangor nasihatkan penyokong Selangor jaga tingkah laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin Idris Shah

SHAH ALAM – Para penyokong Selangor diingatkan agar tidak akan mencetuskan kekecohan serta mencemarkan nama baik pasukan ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Johor, esok.

Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya para penyokong Selangor menjaga tatatertib dan tingkah laku mereka.

Titah baginda, ini termasuk tidak terlibat dalam sebarang bentuk pergaduhan, walau apa pun keputusan di akhir perlawanan.

“Setiap penyokong haruslah matang dan tidak melayan provokasi berlebihan.

“Baginda mahu semua yang hadir ke stadium membawa bersama semangat kesukanan dan sorakan gemuruh, sekaligus memberi suntikan semangat kepada para pemain,” katanya hari ini.

Sultan Sharafuddin turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Selangor FC dan JDT.

Selangor berjaya melangkah ke final Piala Malaysia 202 mara ke final secara agregat 3-2 biarpun kalah 1-0 dalam separuh akhir kedua menentang Terengganu FC, Selasa lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI