fbpx

Runtuhan tanah, pokok tumbang di Bukit Malawati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tanah runtuh di Bukit Malawati, Kuala Selangor, hari ini

KUALA SELANGOR – Pusat pelancongan utama Kuala Selangor, Bukit Malawati di sini, ditutup sementara selepas berlaku runtuhan tanah di tebing laluan kawasan itu hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu turut mengakibatkan pokok tumbang dan menutupi laluan tersebut. Namun, tiada mangsa atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.20 pagi.

Katanya, sepasukan 32 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikerah dalam operasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati runtuhan tanah itu melibatkan tebing salah satu laluan di Bukit Malawati.

“Namun, ia tidak melibatkan jalan utama dan pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) sedang memotong pokok yang tumbang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Norazam, pihaknya masih membersihkan lokasi runtuhan dan memastikan keselamatan kawasan berkenaan.

“Selain MPKS, operasi itu disertai polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Pemantauan lanjut turut akan dilakukan di sekitar kawasan pelancongan tersebut,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI