fbpx

PutrajayaCare akan dilancarkan tidak lama lagi – Radzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi

PUTRAJAYA – Sedikit masa lagi warga Putrajaya akan dapat memanfaatkan aplikasi e-aduan dikenali ‘PutrajayaCare’ yang berfungsi sebagai pusat khidmat aduan setempat.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pembangunan aplikasi tersebut kini sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, PutrajayaCare merupakan salah satu daripada 50 tawaran menerusi #EraBaharuPutrajaya yang dijanjikannya jika menang kerusi di Putrajaya.

“Saya ambil maklum aduan-aduan yang telah sahabat sekalian sampaikan melalui media sosial saya seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

“Dalam situasi ini, saya memahami bahawa warga Putrajaya perlukan saluran atau platform yang sesuai untuk menyuarakan cadangan dan aduan anda.

“Untuk itu, saya melancarkan E-Aduan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya bagi memudahkan warga Putrajaya menyampaikan cadangan dan aduan untuk perhatian serta tindakan saya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Ujar beliau, buat sementara waktu sebelum PutrajayaCare beroperasi, aduan dan cadangan boleh disalurkan menerusi pautan https://erabaharuputrajaya.com/aduan.

Radzi berkata, Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya akan mengambil tindakan dan memberikan maklum balas dari semasa ke semasa sejurus PutrajayaCare beroperasi kelak.

Terdahulu, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dipilih sebagai Ahli Parlimen Putrajaya selepas menewaskan penyandang empat penggal, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI