fbpx

Piala Dunia: AS bimbang kualiti dimiliki Bukayo Saka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKA berpeluang menyamai pencapaian Owen meledak gol dalam dua aksi di Piala Dunia berturut-turut jika berjaya merekodkan jaringan menentang AS nanti. – AFP

AL KHOR – Penjaga gol Ame­rika Syarikat (AS), Matt Turner bimbang dengan ancaman yang mampu diberikan pemain sayap England, Bukayo Saka menjelang aksi kedua-dua pasukan di Stadium Al Bayt awal pagi esok.

Dua pemain Arsenal itu ber­aksi cemerlang bersama negara masing-masing pada aksi per­tama Kumpulan B selepas Tur­ner membantu AS mencatat seri 1-1 dengan Wales.

Saka pula berada dalam kelas tersendiri apabila diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan selepas meledak dua gol buat England dalam kemenangan 6-2 ke atas Iran.

Dua jaringan itu memboleh­kan Saka muncul pemain ter­muda buat The Three Lions meledak dua gol di pentas Piala Dunia pada usia 21 tahun 77 hari.

Kini, Saka berpeluang menjadi pemain termuda England pada usia 21 tahun meledak gol dalam dua aksi berturut-turut di kejohanan antarabangsa sejak Michael Owen melakukannya pada 2002 ketika berusia 22 tahun.

Situasi tersebut membimbangkan Turner kerana penjaga gol berusia 28 tahun itu sememangnya mengetahui kualiti dan kemampuan Saka memandangkan mereka berlatih bersama di Arsenal.

“Jelas sekali dia (Saka) adalah bintang muda bola sepak masa kini. Dia juga berupaya menja­ringkan gol dalam pelbagai cara dan perkembangannya kini sa­ngat bagus.

“Saya baru bersamanya beberapa bulan, tetapi permainannya meningkat begitu menakjubkan. Anda tidak perlu beritahu saya bahawa dia akan menjadi ancaman utama buat kami,” katanya. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI