fbpx

Penjawat awam Selangor terima dua lagi BKK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

SHAH ALAM – Penjawat awam Selangor akan menerima bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak dua kali lagi dengan masing-masing minimum RM1,000 pada Disember ini dan Februari depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini bagi menghargai khidmat cemerlang serta komitmen para penjawat awam dalam memastikan perkhidmatan kerajaan negeri kekal efisien dan berkesan.

Katanya, BKK itu adalah kepada semua anggota yang berkelayakan dan berkhidmat di pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pada tahun ini termasuk anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

BKK kali pertama telah dilaksanakan menerusi Insentif Khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Hari Raya Aidilfitri lalu dengan satu bulan gaji atau minimum RM1,000.

“Bagi BKK kali kedua akan dibayar pada 29 Disember depan dengan insentif satu bulan gaji, minimun RM1,000 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM37.63 juta.

“Seterusnya, BKK ketiga melibatkan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar pada bulan Februari 2023.

“Ini bagi meringankan beban penjawat menampung persiapan persekolahan sesi 2023/2024 yang akan bermula pada pertengahan bulan Mac tahun depan.

Secara keseluruhan BKK bagi penjawat awam (Selangor) adalah sebanyak dua bulan setengah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2023 hari ini.

Jelas beliau, pemberian BKK ini dilaksanakan berdasarkan terma dan syarat anggota yang berkelayakan dalam garis panduan pemberian Bantuan Khas Kewangan yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI