fbpx

Muhyiddin tekad teruskan perjuangan walau dalam sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PETALING JAYA- Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bertekad akan meneruskan perjuangan pimpinan demi dasar kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Jelas Ahli Parlimen Pagoh itu, ujian dan cabaran yang dihadapi oleh PN sehingga kini tidak akan membuatkan mereka patah semangat dan berhenti.

“Jika kita sabar dan berpegang teguh kepada amanah bangsa serta ikhlas dalam berjuang, Insya-Allah akan sentiasa ada sinar di hujung jalan.

“Pujuklah hati, bahawa hari esok masih ada. Kita bina Malaysia yang lebih baik dengan setiap kudrat yang ada dalam apa jua kapasiti kita sekalipun,” katanya dalam satu siaran langsung di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mengalu-alukan penyertaan PN dan parti lain untuk menyertai kerajaan perpaduan pimpinannya.

Namun begitu, Muhyiddin menjelaskan bahawa PN bersedia merintis bentuk kerjasama lain dengan kerajaan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bagi memastikan kestabilan politik serta kesejahteraan rakyat terjamin.

Kerjasama yang dimaksudkan adalah berbentuk hubungan antara kerajaan dan pembangkang.

Dalam masa sama, Muhyiddin mengakui keputusan Pilihan Raya Umum-ke15 (PRU15) itu turut memberi kesan kepada beliau.

“Terngiang-ngiang laungan sokongan daripada anda semua ketika berkempen dan komen-komen sokongan saudara saudari rakyat yang saya kasihi di media sosial.

“Bersama dengan saya adanya saudara saudari yang kekal berdiri. Memapah saya agar terus berjalan dan berlari di landasan perjuangan ini.

“Perjuangan murni yang didasari tekad menyelamatkan negara. Perjuangan demi kedaulatan agama, bangsa dan negara kita,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI