fbpx

Muhyiddin sah tolak tawaran Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti gabungannya itu tidak akan menyertai kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, PN akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen serta memastikan tadbir urus kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah selaras dengan prinsip prihatin, bersih dan stabil.

“Perikatan Nasional mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, atas tawaran supaya Perikatan Nasional menyertai kerajaan Persekutuan pimpinan beliau.

“Namun, atas semangat untuk menyuburkan demokrasi dan melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan dalam Parlimen Malaysia, PN berpendirian untuk tidak menyertai kerajaan yang diterajui oleh PH,” jelas beliau dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Tambah beliau, demi untuk memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, Perikatan Nasional bersedia untuk merintis bentuk-bentuk kerjasama yang lain dengan kerajaan dalam ruang lingkup hubungan antara kerajaan dan pembangkang. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI