fbpx

Majikan digesa beri cuti Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Majikan di Malaysia digesa untuk memberikan cuti kepada para pekerja Isnin depan susulan pengisytiharan cuti umum pada tarikh tersebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anuar Ibrahim, semalam.

Kementerian Sumber Manusia berkata, cuti berkenaan telah diisytiharkan di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) yang juga merupakan cuti umum diperuntukkan kepada pekerja di sektor swasta menurut Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955.

“Sehubungan dengan itu, majikan boleh memberikan cuti pada Isnin bertarikh 28 November atau boleh menggantikan mana-mana hari lain sebagai ganti cuti umum bergaji kepada pekerja.

“Majikan dikehendaki berbincang dengan pekerja mereka sama ada memilih tarikh tersebut sebagai cuti umum atau menggantikannya dengan tarikh yang lain,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, sekiranya tiada penggantian, pekerja yang bekerja pada tarikh tersebut layak menerima kadar gaji bagi cuti umum.

“Kementerian menggesa majikan untuk memenuhi pemberian hari cuti umum tambahan tersebut kepada para pekerja,” tegasnya.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan Anwar mengumumkan hari cuti umum pada Isnin susulan kejayaannya menerajui kerajaan baharu.

Anwar pada sidang akhbar pertamanya sebagai Perdana Menteri semalam berkata, beliau sudah berjanji untuk melaksanakan cuti pada Isnin.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI