fbpx

GRS bersedia sertai kerajaan perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji

PUTRAJAYA- Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengesahkan untuk menyertai kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus membolehkan gabungan parti politik itu memperoleh kerusi dua pertiga di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor memaklumkan bahawa GRS telah rasmi menyertai kerajaan perpaduan.

“Ini bermakna, kekuatan induk termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan ketika ini ada GRS menunjukkan kita mencecah dua pertiga Ahli Parlimen yang akan memperkukuhkan kestabilan politik negara.

“Kita boleh tumpukan perhatian untuk angkat martabat negara, kukuhkan ekonomi dengan maksud untuk membela nasib rakyat,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra tadi.

Sementara itu, Anwar berkata, Hajiji turut menghubunginya semalam dan mengatakan persetujuan untuk menyertai kerajaan perpaduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI