fbpx

Gajah cari makan mati terkena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGKAI gajah itu ditemui terlentang berhampiran wayar elektrik di ladang nangka tersebut. - Khaosod

BANGKOK – Seekor gajah liar mati akibat terkena renjatan elektrik di sebuah ladang nangka di wilayah Chachoengsao, timur Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian itu berlaku disebabkan perbuatan seorang petani memasang wayar elektrik di sekeliling ladangnya bagi mengelak buah nangkanya dicuri gajah.

Pegawai Balai Polis Tha Thakiab menerima laporan mengenai seekor gajah jantan yang ditemui mati di kaki gunung Pong Kan Lueang, mukim Klong Takrao pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) Rabu lalu.

Beberapa pegawai dari Pusat Perlindungan Hidupan Liar Khao Ang Rue Nai kemudian pergi bersama polis ke ladang nangka itu yang terletak di dalam hutan tebal dan hanya boleh diakses dengan berjalan kaki.

Mereka menemui bangkai gajah itu berada dalam keadaan terlentang berhampiran wayar elektrik. Perut gajah itu kembung dan mengeluarkan bau busuk, kata polis.

Polis bertemu pemilik ladang, Boontham, 68, yang menemui gajah itu sekitar waktu tengah hari. Bootam berkata, gajah itu tmencuri buahnya yang mahal sehingga dia memutuskan untuk memasang wayar elektrik sebagai perlindungan tambahan.

Pegawai akan terus menyiasat kes itu dengan lebih lanjut. Tidak jelas sama ada Boontham telah melakukan kesalahan jenayah atau tidak pada peringkat ini.

Jika pagar elektrik menyebabkan kematian manusia di Thailand, Mahkamah Jenayah meneliti setiap kejadian berdasarkan kes. Penggunaan pagar elektrik untuk mempertahankan harta benda kadang kala dianggap sebagai hak yang sah.

Bagaimanapun, arus elektrik itu pasti sangat kuat sehingga mampu membunuh seekor gajah. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI