fbpx

Elizabeth Tan derita autoimun, risau susah hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DISEBABKAN penyakit dihidapinya, Elizabeth Tan akui dia terpaksa menolak tawaran sebuah filem yang memerlukannya memotong pendek rambut.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan yang menderita penyakit autoimun sejak kecil bimbang andai kondisi kesihatan dilalui menyukarkannya hamil atau menurunkan genetik tersebut kepada zuriat.

Katanya, perkara tersebut memberikan tekanan apatah lagi penyakit autoimun mencetuskan masalah Alopecia atau keguguran rambut kritikal serta keadaan kulit bercapuk.

“Jika ikut perancangan, saya dan suami mahu memulakan keluarga tahun depan memandangkan kerjaya kami sudah semakin stabil. Kami sedia menimang cahaya mata selepas setahun berkahwin.

“Namun saya berdepan penyakit autoimun iaitu sistem imun menyerang sel atau tisu sendiri yang dikesan sejak berusia setahun mengakibatkan masalah kulit serta tona tidak sekata,” katanya.

Dedah Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, gejala penyakit tersebut iaitu tompokan botak muncul sejak empat tahun lalu sehingga mengakibatkan dia berdepan kurang keyakinan diri.

“Dalam tempoh empat tahun, sudah 12 tompokan botak terjadi.

“Sebagai wanita yang bergelar isteri, saya juga ingin merasai nikmat menjadi ibu, tetapi dihimpit rasa takut andai susah mengandung atau anak kami mewarisi penyakit ini,” katanya.

LIZZY dan suaminya yang berkahwin pada Mac 2021 kini sudah bersedia bergelar ibu dan bapa.

Tiada ubat untuk pulih daripada gejala Alopecia selain hanya perlu bergantung dengan krim steroid bagi mengelakkannya terus merebak.

Akui pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu lagi, perasaan sedih dan tertekan dirasai setiap kali tompokan botak baharu timbul mengakibatkan dia lebih selesa memendam masalah tersebut.

“Sudah lama berlaku namun baru sekarang saya sedia berkongsi kepada umum supaya orang ramai memahami ada dalam kalangan kita berhadapan penyakit ini.

“Saya bukan berahsia, sebaliknya tidak mahu menagih simpati walaupun kadang kala rasa kurang keyakinan diri,” ujarnya.

Lizzy berkata demikian ketika ditemui ketika sidang akhbar Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) di Hotel Swiss Garden, di sini, hari ini.

Tambah penyanyi lagu Knock Knock itu lagi, disebabkan masalah dihadapinya, dia terpaksa menolak tawaran membintangi sebuah filem yang memerlukannya memotong rambut pendek seperti lelaki.

“Pada awalnya, saya sudah bersetuju kerana hanya perlu memakai rambut palsu, namun terpaksa melupakan hasrat tersebut selepas diminta memotong rambut.

“Bukan tolak mentah-mentah kerana saya telah kosongkan jadual bulan ini dan Disember untuk menjalani penggambaran, sayangnya bukan rezeki saya.

“Saya takut rambut lambat tumbuh dan Alopecia kembali menyerang selepas potong rambut pendek. Jika mahu berbuat demikian pun biarlah pengorbanan ini berbaloi,” katanya lagi.

Terdahulu, Lizzy mendirikan rumah tangga dengan Dr. Siew Jim, 32, yang juga ahli perniagaan pada 21 Mac 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI