fbpx

Dua sahabat maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua sahabat maut dalam nahas dua buah kenderaan di jalan besar Palong 7,8 - Palong 4,5,6, di sini, malam tadi. - IHSAN POLIS

JEMPOL – Dua sahabat maut apabila motosikal yang dinaiki bertembung dari arah bertentangan dengan sebuah kereta dalam kejadian Jalan Besar Palong 7,8 – Palong 4,5,6 malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.35 malam itu, penunggang motosikal Sariffudin Rozali, 35, dan Azamatul Alia Ismail, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Kata Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, semasa kejadian motosikal Yamaha RXZ bertembung dengan Proton Saga yang ketika itu cuba memotong sebuah kenderaan lain.

“Ketika itu motosikal Yamaha itu dari arah bertentangan tidak tidak sempat mengelak kereta Proton Saga itu,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Chang Hook, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandu Proton Saga hanya luka ringan pada lengan di hantar ke Hospital Jempol.

Jelas beliau kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI