fbpx

Bincang kecil saiz, kurangkan gaji anggota Kabinet- Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bercakap pada sidang akhbar sempena hari pertama beliau memulakan tugas di pejabatnya di Perdana Putra hari ini. -Foto JABATAN PENERANGAN

PUTRAJAYA- Kerajaan perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mewujudkan saiz Kabinet lebih kecil selain mengusulkan untuk mengurangkan gaji anggota di dalam kepimpinan baharu kerajaan itu.

Perdana Menteri berkata, pihaknya mengusulkan supaya gaji anggota Kabinet kerajaan perpaduan itu dikurangkan kelak susulan perkembangan situasi ekonomi ketika ini.

“Saiz Kabinet kecil dan saya minta supaya ahli Kabinet baharu bersetuju dengan usul saya untuk kurangkan gaji mereka.

“Tapi ini dalam proses perbincangan dan persiapan,” katanya ringkas pada sidang akhbar di Perdana Putra di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI