PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk menjamah hidangan tengah hari di Medan Selera Presint 8 di sini selepas menyelesaikan sesi ‘clock in’ di Bangunan Putra di sini tadi.
Ketibaan Anwar kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi disambut orang ramai yang berada di sini selain beliau turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan penduduk di sini.
Anwar turut menikmati hidangan nasi beriani kambing sebelum bergerak ke Masjid Putra bagi menunaikan solat Jumaat.
Terdahulu, Anwar tiba di Bangunan Putra kira-kira pukul 9.50 pagi tadi untuk sesi ‘clock in’ sebagai Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE