fbpx

Anwar bakal bertemu agensi terlibat bincang isu kos sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar memulakan tugas rasminya sebagai Perdana Menteri di Perdana Putra di sini hari ini. -Foto JABATAN PENERANGAN

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan agensi terlibat pada minggu ini atau selewat-lewatnya Isnin depan bagi membincangkan hal berkaitan kos sara hidup yang dihadapi rakyat ketika ini.

Perdana Menteri berkata, beliau akan mengaturkan pertemuan segera dengan jabatan dan agensi berkenaan bagi membantu meringankan beban rakyat.

“Saya akan adakan pertemuan segera dengan jabatan dan agensi berkenaan dalam masa terdekat. Kalau mereka tidak keberatan, mohon adakan pertemuan khas hujung minggu ini atau selewatnya Isnin.

“Saya faham cuti umum, kalau keberatan kita tangguh. Saya percaya dan kenal komitmen mereka kerana faham tugas dilaksanakan untuk ringankan beban rakyat,” katanya pada sidang akhbar khas di Perdana Putra tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI