fbpx

Andry Darwisy mahu tawan hati peminat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDRY Darwisy bercita-cita besar untuk mengikut jejak langkah penyanyi-penyanyi senior Singapura lain yang kini berjaya mencuri perhatian peminat muzik di Malaysia.

MULA membina nama menerusi pertandingan Who’s The Boss Singing Competition, artis muda Singapura, Andry Darwisy kini hadir dengan sebuah single pertamanya berjudul Rela Aku Rela.

Tidak mahu statik hanya di Singapura, pemilik nama sebenar Muhammad Andri Darwisy Ghazali itu dilihat mengikuti jejak langkah bintang terkenal Hady Mirza, Taufik Batisah, Aliff Aziz dan Sufi Rashid itu juga sedang mencuri hati peminat di Malaysia.

Seiring prestasi yang semakin meningkat, Andry, 21, sedang mengikuti jejak langkah seniornya dengan memperkenalkan diri Rela Aku Rela sejak 27 Oktober lalu.

“Alhamdulillah, selepas memenangi pertandingan nyanyian Who’s The Boss Singing Competition pada tahun lalu, saya kini artis menjai artis rakaman.

“Kini, single pertama saya Rela Aku Rela yang mendapat sentuhan oleh Wanz Baronz telah dilancarkan secara rasmi,” ujar penyanyi muda itu.

Wanz Baronz juga merupakan penggubah lagu yang dinyanyikan oleh beberapa artis terkenal seperti Saleem, Kristal, Wany Hasrita, dan Awis Spin.

Terdahulu, Andry mencungkil bakatnya menerusi program Youth Got Talent pada 2012 terus mengorak langkah dalam industri hiburan Singapura apabila bernaung bawah syarikat Boss Production selepas menjadi juara pertandingan Who’s The Boss Singing Competition tahun lalu.

Tidak mahu terlalu selesa sebagai pendatang baharu dalam industri seni, Andry ingin melangkah lebih jauh untuk mengasah skil nyanyiannya.

Single pertama Andry ditulis oleh Wanz Baronz yang sebelum ini pernah bekerja dengan ramai penyanyi popular.

“Bagi saya, menyertai pertandingan bukan sahaja untuk keyakinan tetapi juga untuk mencabar diri sejauh manakah kemampuan saya.

“Ada antara artis yang dianggap sebagai legenda seperti Tomok, Jatt Ali, Jaclyn Victor dan Fuad Rahman tetap mencabar diri dengan menyertai program Gegar Vaganza.

“Jadi untuk orang baharu seperti saya, tidak salah menyertai apa saja pertandingan yang bukan sahaja menonjolkan bakat tetapi dalam masa sama dapat mengasah skil nyanyian,” katanya.

Meskipun berbadan kecil, namun impian penyanyi itu sangat besar untuk mengembangkan bakat dan kerjayanya di Malaysia.

Tidak hanya fokus terhadap nyanyian, Andry juga mahu mengukuhkan mental dan keyakinan diri.

“Apa yang saya perolehi sekarang, bukan hanya nyanyian tetapi dalam bentuk pendirian seperti keyakinan diri sendiri,” tuturnya,

Penyanyi kelahiran Singapura itu juga berpendapat bahawa elemen sensasi boleh membantu menaikkan nama seseorang anak seni yang baru menapak dalam industri.

“Saya yakin kontroversi juga mampu melonjakkan nama seseorang artis. Kuasa media sosial sangat besar.

“Saya juga bersedia berdepan situasi tular yang sedikit sebanyak membantu kerjaya dan karya yang ada.

“Kita ambil contoh seperti kebijaksanaan Datuk Seri Aliff Syukri yang menggunakan kuasa media sosial untuk mencapai matlamatnya untuk mudah dikenali dan mencapai populariti,” tutupnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI