fbpx

120 hotspot pencerobohan, pemburu haram di Hutan Simpan Kekal di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahari (duduk, tengah) bergambar bersama pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam operasi bersepadu Spatial Monitoring and Reporting Tool (SMART) Negeri Perak di Kompleks Latihan Perhutanan Sungai Siput, Sungai Siput hari ini.

IPOH – Jabatan Perhutanan Perak mengenal pasti 120 kawasan hotspot pencerobohan dan pemburuan haram di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di daerah Kuala Kangsar, Hulu Perak serta Larut, Matang dan Selama.

Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar dan Perancangan), Datuk Zahari Ibrahim berkata, lokasi itu dikesan berdasarkan risikan dan maklumat awal oleh Seksyen Penguatkuasaan Hutan dan pasukan penguatkuasaan di Pejabat Hutan Daerah.

Katanya, lokasi berkenaan merupakan kawasan berisiko dalam aktiviti kesalahan hutan dan hidupan liar, pencerobohan hutan dan penerokaan hasil mineral terutama biji timah.

“Kawasan hotspot itu merupakan lokasi dalam Hutan Simpan Kekal yang diberi tumpuan menerusi operasi bersepadu Spatial Monitoring and Reporting Tool (SMART) Negeri Perak.

“Kawasan-kawasan itu termasuk di Hutan Simpan Amanjaya, Hutan Simpan Temenggor dan Hutan Simpan Bintang Hijau. Kebanyakannya adalah lokasi yang pernah kita periksa sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penutup SMART Negeri Perak di Kompleks Latihan Perhutanan Sungai Siput di sini hari ini.

Menurut beliau, menerusi operasi itu, pihaknya mendapati kebanyakan lokasi hotspot berkenaan dilihat tidak aktif dan ini membuktikan keberkesanan operasi sama yang dijalankan Ogos lalu.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, beberapa lorong tikus yang menjadi laluan bagi kegiatan penerokaan dan pemburuan haram di sepanjang jalan Gerik-Jeli turut dikenal pasti.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI