fbpx

Wajah anak Anzalna iras Presiden Russia, netizen harap Emirham boleh jadi PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANZAlNA tetap positif dengan jolokan netizen terhadap anak keduanya.

ANAK-anak pelakon, Anzalna Nasir memang comel ditambah dengan kulit gebu serta telatah comelnya seperti dirakamkan bonda tercinta.

Terbaharu bintang drama bersiri Dendam Aurora itu memuat naik satu hantaran di Instagram yang memperlihatkan wajah anaknya, Mohamad Emirhan sempena usianya yang keenam bulan.

Menerusi perkongsian tersebut, ruangan kapsyen pelakon ini telah mencuri tumpuan netizen memaklumkan orang ramai sering menyamakan wajah anak keduanya itu dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.

“Happy 6 months old Emirhan. Ramai betul orang cakap muka Emirhan macam President of Russia versi bayi. Bukan main Emirhan, orang sama kan rupa dengan Presiden,” tulis Anzalna.

Menjengah ke ruangan komen, ramai bersetuju dengan kapsyen berkenaan. Nampak macam seiras betul wajah kedua-dua mereka.

Mizz Lahar pun geram tengok si kecil Emirham yang memang segak malah ada juga yang berharap Emirhan dapat bergelar Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti.

Mizz Lahar: Bahang pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih membahang, tetapi janganlah kita pula bermasam muka dengan keluarga sendiri sebab politik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI