fbpx

[VIDEO] Kenderaan rasmi Istana Pahang dan Perlis tiba di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan rasmi Istana Pahang dan Perlis tiba kira-kira pukul 10.20 dan 10.30 pagi.

KUALA LUMPUR – Dua kenderaan rasmi Istana Pahang dan Perlis berangkat tiba di Istana Negara pagi ini bagi menghadiri Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja berhubung isu pelantikan Perdana Menteri ke-10.

Kedua-dua kenderaan rasmi itu membawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, keberangkatan kedua baginda pada pukul 10.20 pagi dan 10.30 pagi.

Ketika ini, lebih 50 pengamal media daripada pelbagai agensi berada di pekarangan pintu utama seawal jam 8.30 pagi bagi membuat liputan keberangkatan tiba dan perbincangan Raja-Raja Melayu itu.

Difahamkan ia adalah bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri baharu selepas Pemilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI