fbpx

Sultan Johor, Tuanku Muhriz tinggalkan Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang membawa Kerabat Diraja Johor beredar dari Istana Negara. - Foto FARIZ RUSADIO

KUALA KUMPUR – Dua kenderaan rasmi Istana Johor dan Negeri Sembilan dilihat meninggalkan Istana Negara sebentar tadi.

Kenderaan pertama dilihat keluar pada pukul 11.57 pagi dipercayai membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diikuti pukul 11.59 pagi iaitu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Difahamkan, kedua-dua baginda beredar selepas menghadiri Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu selama sejam.

Bagaimanapun, enam lagi Raja-Raja Melayu dipercayai masih berada di Istana Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI