fbpx

PRU15: 5 penjuru di DUN Tioman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Idayu (kanan), Osman Bakar (dua dari kanan), Mohd. Johari (tiga dari kanan) dan Sulaiman Bakar (kiri) pada penamaan calon DUN Tioman di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin hari ini.

ROMPIN – Pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman menyaksikan pertembungan lima penjuru selepas pencalonan calon baharu Perikatan Nasional (PN) Nor Idayu Hashim diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

PRU15 DUN Tioman menyaksikan pertembungan antara penyandang daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussien; Pakatan Harapan (PH), Mohd Fadzli Mohd Ramly; Bebas, Sulaiman Bakar; Parti Pejuang Tanah Air, Osman Bakar dan calon PN Nor Idayu Hashim.

Nor Idayu yang merupakan Ketua Muslimat Pas Pianggu di sini menggantikan Allahyarham Mohd. Yunus Ramli yang meninggal dunia pada 19 November lalu.

Nor Idayu tiba di pusat penamaan calon Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada pukul 9.05 pagi diiringi penyokongnya.

Tiga calon lain iaitu daripada BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussien; Bebas, Sulaiman Bakar; Parti Pejuang Tanah Air, Osman Bakar turut hadir di pusat penamaan calon bagi mencabut undi.

Bagaimanapun calon PH, Mohd Fadzli Mohd Ramly tidak hadir kerana difahamkan berada di luar kawasan dan telah menghantar wakil.

Sementara itu Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tioman, Datuk Mohd Nassim Sidek berkata, pihaknya menerima pencalonan empat calon daripada BN, PH, Pejuang dan Bebas pada 5 November lalu manakala pencalonan baharu calon PN diterima pada pukul 9.09 pagi ini.

“Saya telah menyemak kertas penamaan calon dan setelah selesai berpuas hati tiada calon ditolak penamaannya,” katanya.

Pengundian awal dijadual pada 3 Disember ini manakala tarikh pengundian bagi DUN Tioman ditetapkan pada 7 Disember ini.

DUN Tioman mempunyai 28,465 pengundi termasuk 262 pengundi awal dan tiga undi tidak hadir luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI