KAJANG- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian tidak akan terima gaji Perdana Menteri.
Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memulihkan keyakinan rakyat.
“Saya telah umumkan bahawa langkah pertama untuk memulihkan keyakinan rakyat supaya tidak melihat menteri tanpa kira parti, agama.
“Saya memilih untuk menolak gaji Perdana Menteri,” katanya pada sidang media di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE