KAJANG – Duta Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini.
Ucapan itu disampaikan melalui satu ciapan di Twitternya tadi.
“Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini.
“Diharapkan kerajaan baharu akan menerajui Malaysia ke arah perpaduan dan seterusnya menggalakkan hubungan baik antara Jepun dan Malaysia,” katanya.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selaras dengan kuasa Baginda yang diperunfukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE