KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya memberi jaminan melindungi hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta kedudukan Raja-Raja Melayu.
Menurut Anwar lagi, antara fokus utama beliau untuk pemulihan ekonomi dan integriti dalam pentadbiran kerajaan.
“Kerajaan akan mendukung hak orang Melayu dan kedudukan Islam yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE