KAJANG – Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan kediamannya di sini bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada pukul 5 petang ini.
Anwar menaiki kenderaan berwarna hitam bersama isterinya yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan kediaman mereka pada pukul 4.03 petang.
Kenderaan dinaiki pasangan itu turut diiringi beberapa buah kenderaan lain yang dinaiki anak-anaknya serta pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR). – KOSMO! ONLINE