fbpx

Piala Dunia: Sentuhan Giroud masih lagi berbisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIROUD (kanan) bersama rakan-rakan sepasukan meraikan kejayaan menewaskan Australia 4-1 pada Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Janoub semalam. – AFP

DOHA – Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps percaya Olivier Giroud, Adrien Rabiot, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann menjadi tunjang ketika Les Bleus menang 4-1 ke atas Australia dalam saingan Piala Dunia 2022 awal pagi semalam.

Pada aksi Kumpulan D yang berlangsung di Stadium Al Janoub itu, Les Bleus menampilkan aksi cukup meyakinkan, terutamanya Giroud yang menjaringkan dua gol sementara Mbappe dan Rabiot masing-ma­sing meledak satu gol.

Justeru, aksi ketiga-tiga penjaring itu nyata menggembirakan Deschamps kerana dapat memastikan Perancis bermula langkah kanan dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Russia empat tahun lalu.

“Mbappe memang sudah menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia dan ia dapat dibuktikan menerusi aksi yang ditampilkan malam ini (semalam). Dia sangat tenang dan penuh fokus sepanjang perlawanan.

“Sejak menyenaraikannya dalam pasukan, saya yakin dia sudah bersedia sepenuhnya untuk bermain pada Piala Dunia. Selain memiliki kemampuan menjaringkan gol, dia juga boleh bermain sebagai satu pasukan,” katanya.

Dalam pada itu, ketiadaan Karim Benzema dan N’Golo Kante pada Piala Dunia kali ini tidak begitu terasa memandangkan ­Giroud dan Rabiot dapat mengisi kekosongan itu dengan sangat baik.

Benzema terpaksa digugurkan daripada skuad selepas dia mengalami kecederaan otot paha ketika menjalani latihan, manakala Kante belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring.

“Adrien (Rabiot) sudah tunjukkan kemampuan dia boleh bermain pada tahap tertinggi dan saya tidak pernah ragu. Kami perlukan pemain yang boleh memenangi perebutan bola di udara dan ada naluri menjaringkan gol.

“Sementara itu, Giroud juga melaksanakan tugas dengan baik menerusi dua yang dija­ringkan. Bagaimanapun, saya terpaksa keluarkan Giroud bagi memastikan dia cergas untuk perlawanan seterusnya,” ujar Deschamps.

Dalam perkembangan sama, Les Bleus turut berdepan kebimbangan selepas pemain pertahanan, Lucas Hernandez me­ngalami kecederaan pangkal paha sehingga memaksa dia dikeluarkan lebih awal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI