fbpx

Perbincangan Khas Raja-Raja selesai selepas 2 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Kedah berangkat pulang dari Istana Negara selepas perbincangan Khas Raja-Raja Melayu hari ini. - Foto FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Kesemua baki enam Raja-Raja Melayu telah berangkat pulang meninggalkan pekarangan Istana Negara bermula pukul 12.55 tengah hari tadi.

Antara yang terawal dilihat keluar adalah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin diikuti Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Keberangkatan pulang itu disusuli Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Difahamkan, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu berlangsung selama lebih dua jam yang bermula sejak pukul 11 pagi sehingga pukul 1 tengah hari.

Terdahulu, dua kenderaan rasmi Istana Johor dan Negeri Sembilan telah berangkat pulang terlebih dahulu meninggalkan Istana Negara sekitar pukul 11.57 pagi tadi.

Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah perkenan untuk menganjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu hari ini berhubung pelantikan Perdana Menteri ke-10.

Ia kerana, menurut hemat Baginda, tiada ahli Dewan Rakyat mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI