fbpx

Pekerja pembinaan terselamat selepas muka tertusuk bar keluli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAYAR jatuh terus ke atas sebatang bar keluli di sebuah tapak pembinaan. - CEN

ANKARA – Seorang pekerja pembinaan di Turkiye hampir menemui ajal selepas sebatang bar keluli tertusuk pada mukanya dan menembusi bahagian dalam wajah sehingga beberapa sentimeter dari otaknya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Celal Sayar, 39, mengalami kemalangan itu apabila dia terjatuh ke atas sebatang bar keluli di sebuah tapak pembinaan, yang kemudian menembusi tulang pipinya hingga ke belakang mata.

Gambar kejadian memaparkan Sayar terbaring dalam keadaan tidak bermaya di atas katil hospital dengan sebatang bar keluli terkeluar dari sebelah kanan mukanya.

Sayar dianggap bertuah kerana masih hidup selepas kecederaan yang mengerikan itu didedahkan menerusi keputusan ujian imbasan X-ray bertarikh 19 November. 

Bar keluli itu menembusi tulang pipinya hingga ke belakang rongga mata, iaitu hanya beberapa sentimeter dari otaknya.

Pakar perubatan berjaya mengeluarkan bar keluli itu dari muka Sayar, sebelum dia kemudian dirawat di unit rawatan rapi.

Laporan bagaimanapun tidak menjelaskan keadaan Sayar ketika ini, iaitu sama ada dia sudah dibenarkan keluar hospital.

Menurut satu laporan oleh Perhimpunan Kesihatan dan Keselamatan Kerja Pekerja, seorang pekerja mati setiap empat jam bagi kemalangan melibatkan pekerjaan di Turkiye tahun lalu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI