KUALA LUMPUR – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilihat bergerak masuk ke kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.
Kenderaan membawa beliau tiba di kawasan Bukit Damansara di sini kira-kira pukul 10.24 pagi.
Turut hadir, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof dan Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Harun. – KOSMO! ONLINE