DALAM kegembiraan menyambut ulang tahun perkahwinan pertama bersama pasangannya Lee Jang-won, pelakon Bae Da-hae dikejutkan dengan berita sedih mengenai kucing kesayangannya.
Selepas didiagnos doktor pakar, kucingnya yang bernama Jun-pal itu disahkan menghidap kanser.
Da-hae yang juga seorang penyanyi itu memuat naik gambar Jun-pal dalam Instagram dengan kapsyen yang menyayat hati.
“Sekarang kucing kami, Jun-pal sudah berusia 16 tahun. Bulan lalu kami membawa dia ke hospital kerana terdapat bengkak yang berbentuk bulat di dahinya.
“Apa yang membuatkan saya lebih kecewa apabila Jun-pal didiagnos menghidap kanser limfoma hidung,” tulisnya.
Akibat dilanda kerisauan, Da-hae hilang selera makan untuk beberapa hari dan meminta sokongan peminat agar dia tabah menghadapi ujian ini.