fbpx

Hadi Awang minta penyokong kekal tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi.

PETALING JAYA – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta supaya penyokong parti itu untuk kekal tenang kerana pimpinan parti sedang mengusahakan sesuatu.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menerusi Twitternya hari ini turut meyakinkan penyokongnya bahawa pihaknya masih di hadapan ketika ini.

“Mereka merancang. Allah merancang. Kita di pihak yang benar. Insya-Allah kita terpelihara, negara terpelihara,” katanya.

Ciapan tersebut seolah-olah merujuk kepada usaha pemilihan Perdana Menteri ke-10 yang ketika ini dikatakan Pakatan Harapan (PH) dijangka membentuk kerajaan perpaduan dengan sokongan Barisan Nasional (BN).

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau menolak saranan Agong supaya gabungan itu membentuk kerajaan perpaduan dengan PH. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI