fbpx

DUN Kelantan: Ladang musang king di Gua Musang seluas 510 hektar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Projek penanaman durian musang king di Gua Musang yang memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dijalankan di kawasan ladang seluas 510 hektar di daerah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Tuan Saripuddin Tuan Ismail berkata, kesemua tanaman durian musang king itu diusahakan oleh usahawan tempatan secara berskala besar dan sederhana.

Menurutnya, ia membabitkan dua kawasan di Lojing dengan keluasan 250 hektar yang diusahakan oleh Syarikat Sindiyan dan 120 hektar oleh Syarikat M7.

“Kawasan lain di Gua Musang diusahakan secara sederhana membabitkan kawasan seluas 50 hektar di Chiku, 30 hektar (Bertam), lima hektar (Renok) dan 55 hektar (sekitar Gua Musang).

“Pembukaan ladang ini memberi ruang dan peluang pekerjaan kepada penduduk khususnya dalam pengurusan, pembersihan, pembahagian dan tuaian hasil durian,” katanya ketika memjawab soalan Mohd. Syahbuddin Hashim (BN- Galas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Ujarnya, penduduk di Gua Musang menerima manfaat dan peluag pekerjaan sama ada sepenuh masa atau secara sambilan hasil daripada projek tanaman musang king itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI