fbpx

DAP mohon maaf kepada YAB Premier Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony.

PETALING JAYA – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, mohon maaf kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas mana-mana kenyataan yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak.

Anthony berkata, beliau mewakili parti itu, meminta maaf sekiranya sebarang kenyataan telah menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak.

“Pada pagi ini, saya telah membuat kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg di kediaman beliau di Kuching.

“Saya telah memaklumkan kepada YAB Premier bahawa sekiranya terdapat sebarang kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perbincangan mesra pagi tadi turut dihadiri oleh Timbalan Premier Sarawak, Prof. Datuk Sri Dr. Sim Kui Hian.

Ujarnya lagi, beliau berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baharu untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI