fbpx

Cuaca cerah hampir di seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hanya di tiga negeri sahaja sehingga pukul 10 pagi ini.

MetMalaysia berkata di bahagian utara, negeri yang diramal berdepan cuaca buruk ini adalah Kedah dan Pulau Pinang sahaja.

“Seluruh kawasan Pulau Pinang diramal mengalami ribut petir dan angin kencang manakala kawasan di Kedah adalah Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu,” katanya menerusi kenyataan di laman sesawangnya.

Tambah MetMalaysia lagi, di Sarawak kawasan yang diramal mengalami situasi yang sama adalah Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

“Bagi kawasan-kawasan di negeri lain sekitar Semenanjung dan Sabah cuaca dijangka dalam keadaan baik dan cerah ekoran tiada laporan hujan dikeluarkan,” ujarnya.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI