fbpx

China lakukan saringan Covid-19 besar-besaran selama lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di Beijing pada Selasa lalu. - AFP

BEIJING – China melakukan ujian saringan besar-besaran dan melaksanakan sekatan pergerakan baharu berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 di seluruh negara, lapor laman berita Wion News semalam.

Bandar Chengdu mengumumkan ujian saringan Covid-19 besar-besaran terhadap penduduknya bermula 23 November (semalam) hingga 27 November ini. 

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Bandar Chengdu, Huang Hui berkata, pegawai-pegawai kesihatan telah mengambil keputusan untuk menyekat penularan kes koronavirus dengan serta-merta.

“Untuk mengesan orang yang dijangkiti secepat mungkin, memutuskan rantaian penularan dan mengekang peningkatan pesat koronavirus, pihak berkuasa kesihatan memutuskan untuk melakukan ujian saringan besar-besaran di seluruh bandar selama lima hari berturut-turut,” katanya.

Bukan hanya di Chengdu, Televisyen Pusat China (CCTV) semalam melaporkan bahawa lapan daerah di bandar Zhengzhou, wilayah Henan juga akan melakukan ujian saringan Covid-19 besar-besaran selama lima hari berturut-turut mulai esok.

Kes koronavirus meningkat di China yang dilaporkan di beberapa kawasan di negara itu. Mengikut data CCTV, Zhengzhou merekodkan 996 kes positif Covid-19 hasil ujian saringan utama semalam.

Sementara itu, persatuan automotif China dalam laman webnya berkata bahawa pihaknya membatalkan hari kedua Sidang Kemuncak Pembangunan Luar Negara Autofmotif China yang berlangsung di Shanghai disebabkan situasi Covid-19 yang semakin buruk. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI