fbpx

WHO beri amaran musim sejuk ancam jutaan nyawa di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penduduk Ukraine mendapatkan bekalan arang batu sebagai persediaan menghadapi musim sejuk di luar Bakhmut pada 9 November lalu. – AFP

KIEV, Ukraine – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  memberi amaran kelmarin bahawa musim sejuk yang bakal tiba akan mengancam nyawa berjuta-juta rakyat Ukraine selepas siri serangan Russia yang dahsyat ke atas grid tenaga negara ber­kenaan.

“Ringkasnya musim sejuk tahun ini adalah tentang ikhtiar hidup. Musim sejuk ini akan me­ngancam nyawa berjuta-juta orang di Ukraine,” kata pengarah WHO rantau Eropah, Hans Kluge semasa melawat Kiev.

Menurutnya, kerosakan  infrastruktur tenaga Ukraine di­sebabkan oleh serangan bertubi-tubi peluru berpandu telah memberi kesan yang amat buruk terhadap sistem perubatan dan kesihatan rakyat.

Beliau berkata, WHO telah merekodkan lebih 700 serangan ke atas kemudahan kesihatan Ukraine sejak pencerobohan Rusia bermula pada Februari lalu.

Kluge menganggap serangan seperti itu sebagai ‘pelanggaran jelas’ undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Serangan berterusan ke atas infrastruktur kesihatan dan tenaga bermakna ratusan hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan tidak dapat lagi ber­operasi sepenuhnya,” kata Kluge.

“Kami menjangkakan dua hingga tiga juta lagi penduduk  akan meninggalkan rumah mereka di Ukraine untuk mencari tempat berlindung.

“Mereka akan menghadapi cabaran kesihatan yang rumit, termasuk jangkitan pernafasan seperti Covid-19, radang paru-paru, influenza, dan risiko serius difteria dan demam campak dalam populasi yang kurang divaksin,” katanya.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI