AWAL bulan ini, tular sebuah video seks yang didakwa mirip suami pelakon Ria Ricis iaitu Teuku Ryan.
Peminat mula resah dan menyerang media sosial pelakon itu bagi mendapatkan kepastian dan penjelasan.
Selepas beberapa minggu, akhirnya Ria tampil bersuara dan meminta orang ramai berhenti bercakap buruk mengenai perkara tersebut.
“Bergosip sama saja dengan memakan bangkai saudara sendiri,” katanya berbaur sindiran pedas buat netizen.
Biarpun begitu, penularan video tersebut sedikit pun tidak menjejaskan kepercayaan pelakon filem Sisterlillah The Movie itu terhadap suaminya.
Dia yakin apa yang berlaku hanyalah ujian dalam rumah tangga mereka.
“Allah SWT akan menjaga rumah tangga kita. Lebih percaya dengan pasangan sendiri, kenapa perlu meragui suami. Jadi, kita menerapkan kepercayaan pada pasangan.
“Dalam rumah tangga memang banyak ujian, tapi kita jalani sahaja. Alhamdulillah setakat ini tiada yang berat. Cuma jangan membayangkan pernikahan indah kerana
semuanya tak seindah apa yang kita fikirkan,” ujarnya.