KUALA LUMPUR – Wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) tiba di Istana Negara di sini kira-kira pukul 11.07 pagi tadi.
Kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Vellfire bewarna hitam itu dpercayai membawa Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)Datuk Seri Fadillah Yusof.
Terdahulu, wakil GPS dititahkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pagi ini. – KOSMO! ONLINE