fbpx

Pulau Pheasant bertukar hak milik setiap enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pulau Phesant bertukar hak milik setiap enam bulan antara Perancis dan Sepanyol. - Wikimedia Commons

PARIS – Pulau Pheasant yang terletak di Sungai Bidasoa iaitu sempadan semula jadi antara Sepanyol dan Perancis, akan bertukar status pemilikannya pada tempoh setiap enam bulan dan mempunyai sejarah status politik yang agak menarik.

Status pemilikannya akan bertukar setiap enam bulan antara Sepanyol dengan Perancis dan ia pernah menjadi lokasi Perang 30 Tahun yang melibatkan kedua-dua negara tersebut, demikian menurut laman berita Oddity Central.

Menurut sejarah, kedua-dua negara pernah menghantar orang kenamaan ke pulau itu untuk berunding dengan pasukan tentera masing-masing yang berkumpul di kedua-dua belah tebing Sungai Bidasoa sekiranya berlaku masalah. 

Satu perjanjian telah dicapai dan Pulau Pheasant kemudian berada di bawah kedaulatan kedua-dua negara selain menjadi simbol keamanan yang berpanjangan.

Raja Perancis, Louis XIV pernah berkahwin dengan anak perempuan Raja Philip IV, Maria Theresa dari Sepanyol di pulau kecil itu.

Sejak tahun 1660, apabila perjanjian keamanan dicapai, Pulau Pheasant telah menjadi milik Sepanyol dari 1 Februari hingga 31 Julai pada setiap tahun.

Perancis pula menjadi pemilik pulau tersebut untuk jangka masa seterusnya dalam setahun.

Bagaimanapun, pelawat ha­nya dibenarkan berkunjung ke pulau itu pada waktu tertentu se­perti ketika upacara penyerahan pemilikan atau lawatan sejarah.

Kakitangan majlis perbandaran Irun di Sepanyol dan Hendaye di Perancis akan menerokai Pulau Pheasant setiap enam bulan untuk melakukan kerja baik pulih dan pembersihan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI