fbpx

PRU15: SJR di seluruh negara berkuatkuasa semalam -KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara berikutan mencegah jenayah melalui peningkatan ‘omnipresence’, sejak semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, sekatan tersebut akan dibuat di lokasi strategik di setiap daerah dan penugasan secara 24 jam.

“Langkah mendirikan SJR ini adalah usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

“Namun begitu, demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada sekatan dijalankan pada waktu puncak(siang hari)”katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Acryl menasihatkan orang ramai beri kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR terutamanya diluar waktu puncak.

Tegas beliau, masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI