fbpx

PRU15: Setiausaha PH Kedah calon Parlimen Padang Serai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAHUDDIN (tiga kiri) menjulang tangan Mohammad Sofee Razak yang diumumkan sebagai calon PH Parlimen Padang Serai di Kulim, malam ini.

KULIM – Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Kedah, Dr. Mohamad Sofee Razak yang juga seorang peguam diumumkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam majlis memperkenalkan calon di pekarangan Pusat Perniagaan Seraya, di sini sebentar tadi.

Mohamad Sofee, 47, menggantikan calon PH sebelum ini, mendiang M. Karupaiya yang juga penyandang kerusi tersebut yang meninggal dunia pada 16 November lalu.

Beliau pernah menjadi calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil, Baling pada PRU14 dan tewas kepada calon Pas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk menangguhkan PRU15 bagi Parlimen Padang Serai kepada 7 Disember susulan kematian Karupaiya.

Proses penamaan calon akan berlangsung pada esok dengan semua calon lain yang telah sah dinamakan pada 5 November lalu dikehendaki hadir ke Pusat Penamaan Calon bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan susunan nama pada kertas undi.

Lima calon yang disahkan ialah Hamzah Abd. Rahman (Pejuang), Datuk C. Sivaraj (Barisan Nasional), Mohd. Bakhri Hashim (Warisan), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional) dan calon Bebas, Sreanandha Rao.

Pada PRU14, Karupaiya yang mewakili PKR menang kerusi Parlimen itu dengan majoriti 8,813 undi menewaskan calon Pas, Muhamad Sobri Osman dan calon BN, Datuk Dr. Leong Yong Kong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI