fbpx

PRU15: Serahan borang penamaan calon Padang Serai, Tioman esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA- Calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman perlu menyerahkan kertas penamaan calon antara pukul 9 hingga 10 pagi kepada pegawai pengurus kawasan masing-masing esok.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, penyerahan borang itu perlu dibuat calon, pencadang dan penyokong selain mana-mana dua orang daripada mereka atau mana-mana seorang daripada mereka.

“Borang boleh diserahkan kepada pegawai pengurus di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim, Kedah bagi Parlimen Padang Serai, manakala di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin, Pahang bagi DUN Tioman.

“Seterusnya, calon telah sah sah dinamakan sebelum ini iaitu pada 5 November lalu juga dikehendaki hadir ke Pusat Penamaan Calon (PPC) terlibat pada waktu ditetapkan bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan susunan nama pada kertas undi,” katanya di sini tadi.

Jelasnya, calon dinasihatkan mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri berkenaan sebelum hari penamaan calon bagi melancarkan proses itu.

“Selain itu, bakal calon juga disarankan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada hari terlibat sebagai bukti pembayaran.

“Ini bertujuan memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI