fbpx

[VIDEO] PRU15: Pemimpin PN, BN bertemu di Hotel St. Regis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri tiba di Hotel St. Regis pada pukul 2.58 petang tadi.

KUALA LUMPUR – Satu pertemuan antara pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dipercayai sedang berlangsung di Hotel St. Regis di sini hari ini.

Tujuan pertemuan itu masih belum dapat dipastikan lagi dan ada dakwaan mengatakan ia berkait dengan isu  gabungan parti bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

Antara pemimpin yang dilihat memasuki pekarangan hotel tersebut adalah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Terdahulu, tiga pemimpin Barisan Nasional (BN) hadir ke Istana Negara pada pukul 11.22 pagi tadi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tiga pemimpin itu adalah Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Dalam perkembangan lain, Seri Paduka Baginda turut menitah perkenan untuk menganjurkan satu Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara esok.

Ia kerana, menurut hemat Baginda, tiada ahli Dewan Rakyat mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI