fbpx

PRU15 belum selesai – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih belum selesai sepenuhnya kerana PRU Parlimen Padang Serai ditunda kepada 7 Disember depan.

Dalam satu video TikTok yang dikongsi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di akaun Twitternya, ia menjelaskan bahawa penamaan calon bagi PRU kerusi Parlimen Padang Serai ditetapkan pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan.

“Bermaksud, SPR tidak boleh wakilkan lagi keputusan PRU15, kena tunggu selesai di Padang Serai, barulah boleh wartakan keputusan PRU15.

“Kalau nak buat makan-makan, atau kenduri-kendara kesyukuran, tunggu dulu SPR wartakan keputusan,” seloroh seorang lelaki di dalam video itu.

Terdahulu, urusan PRU bagi kerusi itu ditunda berikutan kematian seorang calonnya iaitu dari Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya, yang juga penyandang kerusi Parlimen berkenaan.

Pada hari penamaan calon sebelum ini, Karupaiya, ditentang Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Datuk Sivaraj Chandran (BN), Azman Nasrudin (PN), Mohd Bakhri Hashim (WARISAN) dan calon bebas, Ananda AK.

Karupaiya, 69, meninggal dunia di Hospital Kulim Rabu lalu, dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI