fbpx

PM Ke-10: KSN masuk Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan membawa Mohd. Zuki dilihat memasuki Pintu 2 Istana Negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali tiba di Istana Negara kira-kira pukul 10.13 pagi tadi.

Beliau dilihat memasuki Pintu 2 Istana Negara dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire bewarna hitam.

Terdahulu, seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara individu pada pukul 10.30 pagi ini.

Bagaimanapun, semalam, pimpinan BN menyatakan agar perkara tersebut ditangguhkan berikutan masih banyak perkara yang belum diteliti selain tetap dengan pendirian untuk tidak memihak kepada sesiapa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI