fbpx

Piala Dunia: Fokus pemain Iran terjejas akibat politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUEIROZ (dua dari kiri) menenangkan para pemainnya yang kecewa selepas dibelasah 2-6 oleh England pada Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Antarabangsa Khalifa kelmarin. – AFP

DOHA – Ketua jurulatih Iran, Carlos Queiroz berang dengan tindakan sesetengah pihak cuba mengheret pasukannya dalam masalah politik yang sedang berlaku di negara tersebut pada ketika ini.

Beliau menganggap, perkara itu menjejaskan fokus para pemain sehingga dibelasah 2-6 oleh England pada perlawanan Kumpulan B Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, England memperoleh gol hasil dua jaringan Bukayo Saka serta masing-masing satu gol menerusi Jude Bellingham, Raheem Sterling, Marcus Rashford dan Jack Grea­lish, manakala dua gol Iran dijaringkan Mehdi Taremi.

“Kepada mana-mana pihak yang menjadikan isu tersebut untuk mengganggu pasukan, anda tidak dialu-alukan. Pemain-pemain saya hanya fokus terhadap bola sepak dan langsung tidak ada kaitan dengan perkara itu.

“Saya mohon agar mereka diberikan peluang untuk bermain tanpa sebarang gangguan. Memang benar ada masalah di sana (Iran) tetapi pemain-pemain ini datang membawa harapan seluruh rakyat,” katanya.

Walaupun kalah besar, namun pengendali dari Portugal itu tetap bangga dengan pemain-pemainnya kerana masih mampu untuk bermain biarpun diberi tekanan cukup tinggi oleh media Barat sebelum perlawanan bermula.

“Saya harap rakyat Iran bangga dengan pemain-pemain ini kerana masih sanggup bermain walaupun ditekan begitu hebat. Pemain tidak layak untuk tanggung akibat atas apa yang berlaku disebabkan pihak lain,” ujar Queiroz. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI