fbpx

Piala Dunia: England langkah besar di Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLINGHAM (kiri) meraikan jaringan pembukaan bersama Mason Mount ketika membantu England membelasah Iran 6-2 pada Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Antarabangsa Khalifa kelmarin. – AFP

DOHA – Pengurus England, Gareth Southgate menghamburkan pujian terhadap barisan pemainnya selepas membelasah Iran 6-2 pada aksi Kumpulan B, Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Antarabangsa Khalifa kelmarin.

Dua gol Bukayo Saka serta masing-masing satu gol menerusi Jude Bellingham, Raheem Sterling, Marcus Rashford dan Jack Grealish memastikan skuad The Three Lions bermula garang pada edisi kali ini.

Meskipun menguasai sepenuhnya permainan, namun pintul gol England tetap bocor apabila tonggak Iran, Mehdi Taremi berjaya menjaringkan dua gol buat skuad kendalian Carlos Queiroz itu.

“Saya sangat gembira dengan permulaan kami pada Piala Du­nia kali ini kerana dapat menca­tat kemenangan besar. Kami semua tahu Iran bukanlah pasukan yang mudah untuk dibolosi, jadi ini satu keputusan positif.

“Bagaimanapun, saya agak kecewa pada penghujung permainan kerana kami melepaskan dua gol dan ia sepatutnya tidak berlaku. Oleh itu, kami perlu lebih bersedia menjelang perlawanan seterusnya,” kata Southgate.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pertemuan menentang Amerika Syarikat (AS) Sabtu ini akan menjadi aksi sangat penting bagi memastikan mereka berada di landasan terbaik untuk layak ke pusingan kalah mati.

“Apabila bertemu AS nanti, kami perlu bermain lebih baik berbanding hari ini (kelmarin) kerana mereka pastinya akan memberikan segala-galanya untuk dapatkan tiga mata. Kami perlu bermula dari kosong,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI